Monday, September 3, 2012

Cara study smart?

Read...
Saya terpanggil untuk menjawab satu soalan yang ditanyakan tentang bagaimana cara nak study smart selepas satu artikel saya yang bertajuk "kenapa aku masih gagal" tersiar di I Luv Islam.Com . 

Sememangnya sudah lama saya mahu menulis mengenai cara study smart yang betul tetapi personally saya tiada jawapan yang khusus untuk menjawab soalan ini kerana setiap individu itu mempunyai cara belajar yang tersendiri tentang bagaimana untuk belajar dengan cara yang betul, mungkin cara yang digunakan oleh orang lain tidak sesuai dengan diri seseorang individu yang lain... 

Tetapi anda boleh merujuk dengan ramai pakar motivasi di luar sana ataupun boleh sahaja bertanya kepada rakan anda yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tentang bagaimana kaedah yang betul untuk study smart . 

Walaubagaimana pun saya akan senaraikan antara kaedah-kaedah yang digunakan oleh beberapa rakan saya yang cemerlang tentang bagaimana cara mereka belajar smart:



  • Buat akronim: saya letakkan tip ini diatas sekali sebab saya dan beberapa rakan yg lain telah mencuba kaedah ini dan hasilnya memang berkesan... alhamdulillah selepas saya cuba sendiri keputusan exam pun naik mendadak... nanti saya akan post kan artikel cara berkesan untuk buat akronim ini... 

  • Buat nota: tidak kira apa subjek yang anda ambil pun.. mesti kena buat nota ringkas tentang bab ataupun topik yang anda belajar pada hari itu walaupun bab itu ada sikit jer teks dia. Cara nak buat nota tu tak perlu salin balik apa yang ada dalam buku teks tu tapi sekadar tulis tajuk tajuk kecil untuk setiap topic yang  ada dalam satu satu bab itu sahaja... so dengan cara ini lebih memudahkan anda untuk menghafal apa yang anda belajar. Contohnya bila belajar, anda boleh rujuk sahaja tajuk tajuk kecil tersebut  tanpa melihat buku teks, dan  anda cuba untuk explain kat diri anda sendiri... boleh jugak kalau nak buat dengan cara peta minda, listing dan sebagainya...


  • Baca dengan kuat: yup.. this tip I think antara yang berkesan sekali bila kita amalkan... baca dengan kuat (tapi jangan sampai menggangu orang lain lah). Bila baca dengan kuat, secara tak langsung anda akan dapat ingat dengan lebih lama. And at the same time kita boleh gunakan highlighter untuk garis point point yang penting. Kajian memang membuktikan bahawa lebih banyak pancaindera yang kita gunakan, lebih banyak aktiviti di otak kita akan berfungsi dan lebih mudah untuk kita menerima pembelajaran yang sedang kita lakukan itu.
  • Ajar orang lain:  ini pun antara satu cara yang saya nampak banyak diamalkan oleh rakan rakan saya yang straight As dalam exam... sememangnya bila kita ajar orang lain secara tak langsung kita akan mengulangkaji subjek yang kita belajar itu dan kita pasti akan ingat apa yang kita ajar tu (tapi kita kena betul betul faham lah sesuatu bab atau topic itu supaya kita tak ajar benda yang salah).
  • Tengok gambar-gambar:  tengok gambar pun memang akan membantu mengingat apa yang kita belajar. Tapi khusus untuk subjek sains lah yang memang ada banyak gambar gambar... kalau tengok gambar senang bila kita nak recall balik bila kita nak hafal sesuatu bab tu... 
  • Tempat kondusif:  tempat yang kondusif pun penting untuk belajar dengan sempurna sebab biasanya tempat yang kita selesa dapat merehatkan minda kita untuk menerima bab yang kita belajar nanti.. saya biasa Nampak rakan rakan saya belajar berseorangan di dalam kelas, belajar dalam surau ataupun belajar di atas tangga... tapi setiap tempat itu perlu mengikut kepada kita sendiri sama ada tempat tu ok atau pun tidak...
  • Belajar berkumpulan: belajar  secara kumpulan pun memang akan dapat membantu...tetapi saya berpendapat ianya perlu dilakukan dalam 2-3kali sahaja dalam seminggu supaya anda dapat memfokuskan belajar secara individu dahulu. Ramai rakan saya yang suka belajar  secara berkumpulan kerana belajar secara berkumpulan  tidak mudah mengantuk... and bila belajar secara kumpulan tu perlulah diletakkan fokus apa yang nak dibelajar pada hari itu supaya kita tidak mudah tersasar dari matlamat study kita itu dengan membuat aktiviti-aktiviti tidak berfaedah.
  • Tanya senior-senior: sentiasalah bertanya senior-senior tetntang bagaimana untuk belajar sesuatu subjek-subjek yang baru kerana mereka ini tahu apa yang patut di buat untuk belajar sesuatu subjek itu kerana mereka telah melaluinya... for example you can ask them nak beli buku apa yang bagus, macam mana nak buat nota, lecturer mana yang ajar bagus dan sebagainya... 
  • Beri perhatian dalam kuliah: yup perhatian dalam kelas adalah yang paling penting sekali untuk memahami sesuatu subjek... kalau mengantuk sekalipun dalam kuliah... jangan tidur kalau boleh.. belilah apa2 ke...air.. gula2 dan sebaginya supaya tidak mengantuk dalam kuliah...
  • Jangan study last minute: yup.. study last minute boleh akibatkan stress and susah ilmu nak masuk
  • Rehat antara belajar: sentiasa rehat setelah satu jam belajar... rehat antara 15-30 minit amat penting supaya otak menjadi fresh kembali.
  • letak jam disebelah: Biasakan melihat jam disebelah ketika belajar untuk tahu berapa lama masa telah digunakan untuk belajar
  • Minta diterangkan hati: sememangnya sudah menjadi sesuatu yang amat penting apabila kita belajar mestilah dimulai dengan doa dan diakhiri juga dengan doa... setiap ilmu yang dipelajri itu dalah milik tuhan dan Dialah yang mengizinkan samada kita mudah faham ataupun sebaliknya... so banyak2kan berdoa...


So saya berharap agar beberapa tip yang diberi ini dapat membantu menjawab persoalan mengenai artikel 'kenapa aku masih gagal' yang tersiar di iluv islam.com... tetapi pada akhirnya ia terserah kepada setiap individu itu sendiri untuk memilih cara mana yang benar-benar berkesan... 

Jika anda rasakan kaedah ini berkesan untuk membantu anda, teruskan dengan mengamalkannya and kalau anda ada cara yang tersendiri tentang bagaimana untuk study smart , silalah jangan malu untuk beri komen di ruangan bawah kerana tidak pernah rugi untuk kita berkongsi ilmu untuk kebaikan manusia yang lain... thank you... 

Delfadzil



"Strive towards Excellence"

Baca Juga:  Genius atau Usaha?


Iklan: Delfadzil menyediakan perkhidmatan ceramah motivasi kepada pelajar peringkat menengah dan Universiti. Sila Emel ke fadzilnajib@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan urusan ceramah

4 comments:

  1. Sya pelajar persendirian sblm ini last sya blajar ilmu akademik drjh 6..lps tu ambil bidang tahfiz...skrg umo 20.. ada ke tip2 untuk kmi yg tercicir jauh kebelakang ni...klu ade tlg ajarkn..:-)

    ReplyDelete
  2. Sya pelajar persendirian sblm ini last sya blajar ilmu akademik drjh 6..lps tu ambil bidang tahfiz...skrg umo 20.. ada ke tip2 untuk kmi yg tercicir jauh kebelakang ni...klu ade tlg ajarkn..:-)

    ReplyDelete
  3. x ada istilh trcicir dlm belajar ni...seandainya ssorang itu prgi ke sekolh pun dr darjah 1 hngga lah tamat blajar tngkatan 5 pun, tpi dia x prnah ada kesungguhan untuk blajar, x ada mknanya pun...Walaupun anda hnya belajar shingga drjah 6 pun, tpi anda tetep masih ada ksungguhan untuk mncari ilmu Allah tidak kiralah sama ada ilmu ukhrawi atau duniawi, InsyaAllah Allah akan prmudhkan ... Yang pnting niat yg ikhlas nak mncari ilmu krana Allah....

    ReplyDelete
  4. tips yg diberi di atas kesemuanya betul dan berkesan..dan sy mula gunakan di peringkat universiti..alhamdulillah A .tahniah.

    ReplyDelete



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...